Friday, August 19, 2011

PAGI ni sangat nyaman. sahaur tadi aku rasa malas nak bangun tapi disebabkan ketidakjemuan para grandparent aku bangun juga.. TERIMA KASIH! kalau bab solat dieorng selalu tanya sama ada aku dah solat belum. so caring I LIKE~~... bab makan pun sama mereka akan menawarkan pelbagai jenis makanan yang ada kat dapur tu. =) like princess you know!

petang ni dah nak bertolak ke sangkar. aku tak tahu la apa nasib kat sana nanti sebab hari selasa ada exam! 2 paper lagi.. account and business math. minggu depan maybe hari khamis pula nak kena tempah van balik KB! tak perlu nak susahkan sesiapa kan? tunggu masa je nak raya. baju raya dah beli! =) 

kalau dekat kolej aku tu ramai jual persiapan raya...baju,biskut,selendang, macam2 la.. kalau naik van nak g kelas mesti pakcik2 abg2 van tu pasang lagu raya..HAHA! mmg rasa la kehangatan raya tu.

aku harapkan raya tahun ni diberkati. after raya dah exam..apa bole buat kan.. just study je la kan..

Tuesday, August 16, 2011

Hari ni balik KB!!
 doakan keselamatan kami!!

bangga tengok dia

malam tu aku tidur di bilik rakan aku sebab semua roommate aku dah balik rumah so tinggal aku seorang sahaja. nasibla ada juga kawan tak balik lagi kalau tidak termenung la aku sorang2 kan..

aku tidur ramai2.. 7 orang dalam bilik..hihi.. aku bangga tengok budak sorang ni.. rajin giler dia nak bangun study. aku ni terjaga tengok dia jela.. then solat lagi tengah2 malam. aiyoo kalau aku nak buat cam dia agak payah laa.. hihi.. aku doakan semoga rakan aku yang rajin ni dapat dekan! tabik lah!  aku pun nak jugak dekan!! hihi

Monday, August 15, 2011

aku bukanlah seorang pedendam sampai nak gaduh dengan orang kan.. tapi respect la each other. susahlah kalau orang tak faham perangai kita.. kita je faham perangai dia. kali ni aku buat perangai pun sampai batas lagi. kau tak tahu kalau aku dah hangin giler tahap maksima! style aku lau aku marah aku nak alone! masa tu kau jangan tersengeh2 nak tegur aku. kang tak pasal2 jadi lain. aku harap lepas ni kau tak ungkit lagi hal tu! (giler la aku menyampah!)

tukar topik. hari ni dah konfem nak balik KB naik van U. hihi first time kot balik dengan rakan tersayang.barang barang aku otw selesai packing. aku rasa berat beg aku ni bukn berat baju tapi berat buku. tak lama lagi nak final exam. so banyak la kerja yang lecturer bagi. huhu.. target aku mestilah nak pointer tinggi kan.. so apa lagi caiyok untuk diri sendiri!!
pagi ni aku ingat nak pergi pejabat kolej nak mintak borang permohonan kolej. aku tak naklah duduk NR. aku kan manja.. kalau apa apa kang susah. aku rasa duduk kolej lagi safe kan.

Sunday, August 14, 2011

assalamualaikum..
cerita hari ni aku bangun pagi! roommate aku yang lain sedang tidur lagi. aku nak cerita kisah aku baru baru ni. aku ni tak tahulah happy ke tak belajar di uitm ni. rumah aku jauh kot dari sini. maksud aku parent aku jauh. bahasa komunikasi pun berbeza. ni yang susah! aku paling benci kalau bab2 komunikasi. tak best langsung! aku betul2 rindu dengan kawan kawan aku dulu. ada budak ni suka sangat nak teliti orang. bila dah teliti apa lagikan.. mesti la dia tegur dan lebih tepat lagi comment! aku tak pernah nak komen2 kau! kau jaga je lah diri kau tu wei! lu bikin wa panas je r! ingatlah manusia nama pun manusia mane ade perfect! yang aku panas kau suka komen aku banyak kali! bape kali kau nak cakap wei?? aku dah tahu dah semua tu.. diri aku.. aku kadang2 kan tak faham dengan situasi sekarang ni. nak ikut kan hari hari aku tak happy! kesian kan kat aku.. huaaaa,,,,, aku nak cepat2 amik degree pindah negeri lain!!

Wednesday, August 10, 2011

PUASA DI UITM

alhamdulillah setakat ni masih penuh puasa. berbeza di rumah selalunya dapat sahur dan berbuka bersama keluarga tetapi kali ni aku berbuka dengan kawan. makanan pun terpaksa cari sendiri.. selama ni papa dan mama aku uruskan semua tu..

selama aku berada di UITM ni. banyak sangat pengalaman. biasanya kalau kat rumah dulu mak bapak la tolong bangunkan kita+ mama masak tetapi hari ni aku hanya makan roti dan nestum sahaja. kadang2 tu rasa nak balik je..huaaaaa...

tiap tiap petang setiap isnin selasa rabu aku kena hadir KO.. practice drum.. lepas practice baru duk kalut cari makanan kat bazaar.. first sekali gerai aku tuju adalah gerai air! nasiblah ade jual cendol! hihi.. kiranya tak kebulur la duduk sini..makanan tu boleh cari keliling.. yang paling best ada jual puding gula hangus! teringat dulu dulu mama buat! hihi.. 

aku pernah pergi bazaar machang naik van UITM.. pergi balik RM3.. air kat stu semua TAWAR! then mahal nak mampossssss.. ade ke ikan kembong kecik giler RM5????? tak tergamak aku nak beli ikan percik tu. lauk lauk lain pun mahal.. adui.. sesak jugakla kalau duk sini.. kalau macam tu baik makan KFC.. betul tak?

nasibla bazaar UITM berbaloi jgk la.. kalau tak aku pun duk tension kira berapa habis sehari!

FINAL EXAM  beberapa minggu je lagi. harap dapat buat yang terbaik.. masa ni dah tension termenung tengok buku! haha.. tak tahu la apa nak jadi.. account pun tengah merangkak lagi! aiyoo..

Saturday, August 6, 2011

bazar ramadhan machang

hai.. hari ini aku nak cerita kisah semalam. semalam hari sabtu. petang tu aku ada latihan brass band disebabkan telah terpilih sebagai player so perlu lah berlatih untuk drum comp tahun hadapan. aku ni bukannye terer sangat main drum. aku pun tak tahu kenapa aku dipilih..hmm ahh.. apa apa pun buat sehabis baik untuk tahun depan. aku boleh!!

lepas latihan aku dengan komander sue decide nak pergi bazar machang. sememangnya ramai manusia sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa.ya Allah.. aku ni duk tahan je tengik pelbagai jenis air yang sememangnya menusuk kalbuku..hampir satu bazar tu kteorng round. macam macam ada.. yang tak bestnye harga dah semakin naik.. ikan kembong percik tu satu 5 ringgit?? biar betul?? mahal tuuu.. tak jadi aku beli..



yang aku beli lai chi kang,air dragon fruit, nasi dan ikan keli.. hahaha tak menarik langsung juadah aku beli!! aku tak tahu kenapa booleh beli..


then balik balik je terus prepare makanan semua..hihi..

first aku tegok air la..
 
WHATTTTTTTTTTTTTTTTT!!! TAWARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!! GLER!!!!!! 
gula habis ke??? peh peh.. sedih aku tau.. bukak puasa dengan air yang hampeh..

ikan keli pulak pedas!! huaaaa.............

dugaan ok..

lepas makan terus text kak sue..
kak sue pun sama jugak..


yang aku heran.. bukan ke kelantan ni semua terkenal dengan manis ke?? ni asal jadi tawar..tahu la puasa xp pandai2 la buat kan.. adui...sob sob sob..

Monday, August 1, 2011

first day update my blog in KOLEJ!

assalamualaikum
its quite a long time i haven't update my blog. ouh sorry..lately im really buzy with a lot of activities in UITM. before this i try to be comfortable staying in kolej with a difference kind of culture and langguage which is 'bahasa kelantan'.

seriously im hate speaking in kelantan because of the difficulty to spoke out! i tried to speak but the others will laught at me so the conclusion is never n ever speak its.. just be my own self! do i care? ouh gosh!

besides my lecturer are very kind to me. i love them as i love my parent. ouh its really sweet! even my parent are far apart from me.

now  RAMADHAN has wake up! so puasa la.. alhamdulillah my sahur berjalan seperti biasa.. everyday my parent will sms or call me to make sure im take sahur!! hihih..

selamat berpuasa!

Tuesday, May 17, 2011

hang out!! yeay

assalamualaikum
semalam iaitu pada hari selasa kami keluar jalan jalan lagi..
ngeh ngeh ngeh
mula mula pergi lepak rumah dayah
talk2 dengan mak dayah
makan jemput2 dayah buat.. sambil tengok tv oke
tepat jam 12 kiteorg gerak pergi KMART.
beli tudung kat sana.
RM40. mahal tau..
then kiteorng gerak WETEX.. tunggu cik suha then gi lunch.


meh titew kenalkan dari kiri tulah cik suha,saya,twin and dayah.
sampai je restoran ni terus ambil gambar.
ni belum order pape lagi..

masa ni tgh tunggu order..lapar nih
oke..order dah siap..tapi masa ni saya punye belum lagi siap. tu la jadi camtu...
ha.. ini eka.. kawan baik lama saya..hihi..sebelah dia tu saya.. saya crop sebab chubby sangat..haha=)

terima kasih banyak pada eka sebab belanja sehelai baju GIORDANO.
SAYA SIZE XL
EKA S

tengok betapa banyak nye beza size baju..seeeeeeee...
haha
nilah penangan makan tidur ye..
lepasni dah sambung blaja insyaallah susut balik..amin.. hope sangat lahh..
hihihihiiiiiiiiiiiiii=)


Monday, May 16, 2011

jumpa kawan saya

assalamualaikum
hari ni tepat jam 2 petang saya dan twin pergi dengan selamber dek nya di klinik kesihatan untuk membuat medical check-up


firstly, masuk je jumpa si abang di kaunter depan. 
terus senyum yaa.. ( itu paling penting ya..)
then tunjukkan borang itu ya..
itulah cara caranya ya kawan kawan..hihi


abang tu siap berbual pendek dengan kita tau..
abang tu kata bertuah la saya n twin dapat tempat sama kaaan. alhamdulillah
hihi


then apa lagi isi la borang.
abang tu tolong ambilkan no. gilirin.
YA ALLAH..
0570
no sekarang:0521
boleh tahan lama la.. bukan lama la.. ni dah tahap lama giler.. tau
OH MY...


nasiblah jumpa kawan kawan saya FAHMI , ASYIKIN, ABANG,ADIK
saya berborak panjang dengan si FAHMI ni..
adake dia tak isi borang lagi???? tapi no. dah ambil.
NASIB la borang tak habis..haha


saya berborak sampai DAHAGA la weii..
tahan je la kaan..


lepas sorang sorang belah..
then barulah no saya muncul..
jeng jeng jeng


no. 0570
diulangi 0570
AKHIRNYA!! WIIT WIIT.. HAPPY SANGAT..
rasa nak lompat lompat lompat
tapi apakan daya.. kesopanan harus dijaga..
kuang kuang kuang....


selesai semuanya.. hari rabu pula datang kembali..
see you there doktor!!
SARANGHAE!
macam doktor tu kenal aku.

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru!!

assalamualaikum semua and hello to everyone who read my entry..


hari ini hari yang sangat special habis kerana ya kerana hari ni hari guru laa.. TERIMA KASIH CIKGU!!
ucapan yang indah ini saya tujukan kepada MAK saya!! huh? asal pulak? 


mak titew cikgu la.. nama nya cikgu Che Mazidah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong..
beliau juga merupakan guru kelas saya pada tahun 2010.. 


eh MAK JADI GURU KELAS??
sila jeles sekarang


saya juga nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di SKBB2,SKUE,SMKSEDAR dan SMKSA.
wooo banyak tak sekolah saya?? biasalah suke berpindah2.. dapat banyak pengalaman tau..


APAKAH HUKUMAN YANG PERNAH ANDA TERIMA DARIPADA SEORANG GURU?


saya pernah dicubit oleh cikgu sejarah kerana tak siap keje sekolah..mase tu form 3 awal bulan..


saya kena rotan dengan cikgu kimia oleh sebab yang sama


pernah kena cubit dengan guru pengawas sebab duduk di beranda sekolah sambil melihat bangunan sedang diruntuhkan..


kena tarik telinga dengan cikgu sk rendah sebab tak beratur sebelum balik.


kena jalan itik round2 satu kelas sebab bising. mase tu memang sakit ah kaki..


itu jelah pengalaman dengan cikgu cikgu.. hukuman yang ringan2 seperti diatas biasalah..bagi sesiapa yang tak pernah kena tu mmg WA TABIK SAMA LU..


Saat yang tak pernah lupa dengan cikgu BM. cikgu ni memang baik sangat2 dengan saya. 
yelahh mase tu pun saya budak baik duduk depan..kaaan?
lepas beliau mengajar, beliau mesti berbual++ ngumpat dengan saya.
duduk depan meja saya..
hihihihi.. dan senang dapat markah tinggi..ngeh3


waktu saya di tingkatan 1.
cikgu sc saya ni memang selalu sebut nama saya..
apa2 pun soalan beliau suruh saya bangun dan jawab.
sampai ade sorang budak laki ni yang jelesiiiiiii berkata


" alaa..cikgu.... asyik asyik AMALINA jekkkkk.."


annoying giler budak tu..


nak cerita pengalaman ni memang tak habis..
nnti panjang pulakk entry saya..
hihihi




sekali lagi ya
berbahasa BI pula




HAPPY TEACHERS DAY!!!!!!!!!
SARANGHAE
JASAMU TAK KU LUPA
WA TABIK!!

Saturday, May 14, 2011

ASSALAMUALAIKUM
this entry are credit to nurul atikah binti razali

this morning i having a chat with yim kim my ex classmates. 
she told me that she found my besties in that school.
now they will become a FRIENDS for sure because of the same school.
i'm so glad to know it but for the same time i fell like( you are not my friends so why i need to tell you what i'm doing right now)
why i didn't know it direct from you???
why from other people??

arghh.. sad..

but its okay even you didn't care about me or what..
just continue your study
dont give up
dont waste your time with unimportant work
ok thats all

THANKS A LOT..

i hope you do call me

Friday, May 13, 2011

tanggungjawab bertukar

salam semua..
YA ALLAH.. penat saya duk try buka blogger dari semalam semalam..
aduii.. hari ni tiba tiba je CHAKKK..  boleh bukak..
senyum je lahh
okay.. hari ni parent saya pagi2 dah bertolak pergi GOMBAK..
hantar barang barang yang tidak diperlukan dalam rumah ini lagi..
apalagi siapa yang diserahkan 100% jadi ketua segala rumah yang bakal menguruskan segalanya??
saya lahhhh.. anak sulung yang paling rajin ++baik hati nii..(ceh betul ke??)
saya harap semua berjalan lancar..
plus mama dah masak untuk lunch so saya hanya perlu masak nasi SAHAJA oke..
banyak bende nak buat.. nak hantar ambil adik-adik kat sekolah
nak settlekan hal saya yang tak settle2 lagi..

FUHHHHHHHHHH


Tuesday, May 10, 2011

assalamualaikum semua..
 oke preparation nak pergi U hampir 70% siap..


yang tak settle lagi...

1. kasut hitam PVC
2. ank tudung baru
3.baju kurung putih
4.ubat gigi
5. medical check-up

semalam saya and twin dah bershopping sakan  di Giant..
kiteorg beli baju, stokin, teettttttttttt,KFC, semua laa
haha bohong la if semua nak borong kan..


mesti banyak brg nak angkut..aduii.. baldi lagi.. bantal lagi..
hope semua berjalan lancar..amin..

Thursday, May 5, 2011

assalamualaikum
saya tak tahu apa perasaan saya apabila membaca

TAHNIAH!

           Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

              E2221 - DIPLOMA PENGURUSAN BANK
              UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


rasa sangat blurr..
sebab tengah keliru samaada matrix atau diploma
alhamdulillah..amin..
kursus diatas merupakan pilihan terakhir
maka tak dapat juga apa yang diinginkan
mungkin kerana sub sc tidak strong..ouhh maybe..

its okay.. saya harap dapat buat yang terbaik..
walau apa pun pilihan saya nanti
moga menjadi pilihan yang terbaik
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita
terserah padaNYA.

perasaan: SHOCK+BLURR+HAPPY++




Friday, April 22, 2011

pujuk pujuk part 2

click2.. tertarik dengan beg comel.

memang geram nak beli kalau boleh nak jgk ada depan mata sekarang
..

papa, boleh tak papa tolong bank in kt pejabat nnti?

bank in? hmm papa tak guna sangat internet kat pejabat.

oloh.. tadela igt nnti na sms je no account kt papa.

nak beli apa pulak kali ni?

hii..b...e....g

aish..kan dah banyak beg..tak payah la..bazir

ala.. beg tu utk lain..


perbualan terberhenti dengan muka yang masam..
bebel jap.

mama, nnti tlg bagtau papa tolong bank in kan duit nih..

ala..na ckp jela dengan papa.

mama..duit na tak sentuh lagi..nnti na bayar la..


then, saya tolong buka laman maybank.com
tinggalkan nota kat depan laptop.

papa,tolong ye..

okla.. oloh lmbt nye internet..slow la broadband..

haha..sabar la sikit pa..biase la..

tgk tu na..duit dah tinggal sikit doh..

ouh..tambah jela..hihi..tq pa!

then settle..alhamdulillah..akhirnya..
itulah ceritanya..biasalah ank2 ni kan..
suka habiskan duit ibubapa..
walau apa pun..
mereka tetap mengerti dan sanggup berkorban apa sahaja..

p/s: jangan tiru perangai cik na..membazir..ingat tu!

Wednesday, April 20, 2011

ouh jerawat or what??

masalah jerawat sudah menjadi kebiasaan remaja.
setengah orang mempunyai masalah jerawat yang sangat teruk sehingga menjejaskan aktiviti di luar rumah.
alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah sedemikian..
jerawat saya muncul agak jarang.. hari ini ia muncul lagi..toing!! 
atas hidung..
sakit.. merah pula. aiyoo.. toink2

Tuesday, April 19, 2011

new home

salam semua. sudah sekian lama saya tidak berblog oleh kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan..

hari ini merupakan hari ketiga saya berada di rumah baru..weee~~

secara keseluruhannya.. rumah ini lebih selesa dari sebelumnya.

yang paling penting (no cats in this house)

tetapi makanan kucing2 saya tetap dijaga.

teramat murninya..yelah..siapa tak kesian dengan haiwan yang comel ni..

kepada kucing2 ku..
mulakanlah hidup baru ye..

Tuesday, April 5, 2011

intai je

seminggu ni seboleh2 nak search resipi yang best2
nak try buat cupcake dan pizza 
dah dapat resipinya daripada mr google
weeeee~~..mmg tak sabar nak buat
can't wait!!
hope menjadi
kalau ada nak bagi tips2 buat cupcake or pizza
tolonglah share oke~~
love ya!

Thursday, March 31, 2011

jom makan makanan itali

Hari ini saya nak share menu pilihan saya
dari rancangan tv3
lepas tengok hidangan tu terus masuk dapur 
sediakan bahan..
weeeeeee~~
roti bubu

roti ni sesuai untuk makan pagi dan petang


orang pertama yang jadi juri ialah adik nurin
adik nurin terus bagi thumbs up tau
sedap la tu
then papa and my twin
my mama tak sempat nak rasa 
siannye..
(nnti na buat lagi ye mama)

BAHAN
MENTEGA
TEPUNG GANDUM
AIR ( secukupnya)
AYAM CINCANG
tomato and celary (boleh tambah)
KEJU ( taburkan di atas roti sebelum dibakar)
 DIBAKAR (sehingga kejunya cair)

hasilnya: terasa rangup di dalam mulut bersama keju..nyummy!!


malam ni tak boleh nak tidur
so saya dengar lagu n siapkan lukisan nih.. first time lukis kot
setelah sekian lama tak lukis inilah hasilnya~~


lukisan ini tiada kene mengena dgn sesiapa oke!
lukisan Cik Na~~