Wednesday, August 10, 2011

PUASA DI UITM

alhamdulillah setakat ni masih penuh puasa. berbeza di rumah selalunya dapat sahur dan berbuka bersama keluarga tetapi kali ni aku berbuka dengan kawan. makanan pun terpaksa cari sendiri.. selama ni papa dan mama aku uruskan semua tu..

selama aku berada di UITM ni. banyak sangat pengalaman. biasanya kalau kat rumah dulu mak bapak la tolong bangunkan kita+ mama masak tetapi hari ni aku hanya makan roti dan nestum sahaja. kadang2 tu rasa nak balik je..huaaaaa...

tiap tiap petang setiap isnin selasa rabu aku kena hadir KO.. practice drum.. lepas practice baru duk kalut cari makanan kat bazaar.. first sekali gerai aku tuju adalah gerai air! nasiblah ade jual cendol! hihi.. kiranya tak kebulur la duduk sini..makanan tu boleh cari keliling.. yang paling best ada jual puding gula hangus! teringat dulu dulu mama buat! hihi.. 

aku pernah pergi bazaar machang naik van UITM.. pergi balik RM3.. air kat stu semua TAWAR! then mahal nak mampossssss.. ade ke ikan kembong kecik giler RM5????? tak tergamak aku nak beli ikan percik tu. lauk lauk lain pun mahal.. adui.. sesak jugakla kalau duk sini.. kalau macam tu baik makan KFC.. betul tak?

nasibla bazaar UITM berbaloi jgk la.. kalau tak aku pun duk tension kira berapa habis sehari!

FINAL EXAM  beberapa minggu je lagi. harap dapat buat yang terbaik.. masa ni dah tension termenung tengok buku! haha.. tak tahu la apa nak jadi.. account pun tengah merangkak lagi! aiyoo..

No comments:

Post a Comment