Thursday, February 24, 2011

jum join contest syaheed


http://syaheednorazam.blogspot.com/ (visit this blog for more info)
 
ERTI CINTA SEJATI
 
cinta adalah sebuah ungkapan yang sangat hebat sekaligus dapat menyatakan bahawa kita sayang kepada seseorang yang kita cintai. tidak semestinya ungkapan cinta itu dituju kepada seorang kekasih tetapi ia juga boleh diterjemahkan untuk mengungkapkan bahawa kita cinta kepada ibu bapa, kawan-kawan dan Allah terutamanya.
 
kebanyakan manusia jauh sekali untuk mencintai Allah dari segalanya yang kita miliki. walaubagaimanapun cinta yang sejati kepada Allah boleh diwujudkan sekiranya kita sebagai hambaNya benar2 ikhlas menunai semua kewajipan kita di muka bumi ini.
 
selain cinta kepada Allah ialah cinta sesama manusia. Allah telah menjadikan manusia berpasangan yakni lelaki dan wanita. ciptaan Allah yang paling unik dan cantik.seperti yang kita semua maklum cinta sejati adalah kesetiaan seseorang kepada pasangannya.
 
pada pandangan saya makna cinta sejati ini adalah apabila seseorang yang kita cintai dapat memberikan kebahagiaan dalam kehidupan kita serta dapat memberikan didikan agama sekaligus hubungan itu direstui oleh Allah.
 
seterusnya cinta sejati juga dapat dibuktikan melalui keikhlasan seseorang itu terhadap pasangannya. sebagai contoh seorang lelaki  tidak berani menyentuh pasangannya yang ternyata bukan mahramnya.ini dapat membuktikan bahawa betapa hormatnya lelaki ini terhadap wanita. lelaki ini juga sanggup mengawal tingkah lakunya terhadap wanita itu semata2 untuk menjaganya dengan sebaik baiknya sehingga bergelar suami isteri.
 
cinta sejati juga boleh dilihat melalui kepercayaan pasangan itu antara satu sama lain. cemburu yang melampau tidak melambangkan cinta sejati kerana ia hanyalah sekadar hasutan syaitan yang ingin pasangan itu terhibur dengan dunia.
 
cinta sejati juga dapat mendorong pasangan kearah kebaikan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya dunia dan akhirat. persaingan secara sihat antara pasangan juga dapat memberi kelebihan untuk sama sama berjaya.
 
walau apa pun, cinta sejati datangnya daripada Allah. amin.
 
 
 
++syaheed++
++itu je yang aku tahu tentang cinta sejati
++aku harap dapat menang!!++
hihi
peace
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment